FxPro Forex Tools Pasang

Spesifikasi

Berikut anda akan mendapati semua maklumat pelaksanaan dan leveraj yang anda perlukan berkenaan 3 platform perdagangan kami yang utama.

Jenis-jenis Pesanan

Dengan cTrader FxPro pedagang-pedagang boleh meletakkan kedua-dua pesanan segera dan menunggu

Segera Orders

(Segera) Pesanan Pasaran: ini adalah satu pesanan untuk membeli atau menjual pada harga semasa pasaran yang boleh didapati. Sistem itu secara automatik mengagregatkan volum yang diterima dari para penyedia kecairan pihak ketiga dan melaksanakan ‘pesanan pada harga pasaran’ pada VWAP (‘Harga Purata Berdasarkan Volum’) iaitu harga purata dan terbaik yang boleh didapati pada masa pelaksanaan itu.

Henti Pesanan

Henti Pesanan: ini adalah satu pesanan untuk membeli atau menjual sebaik sahaja pasaran itu mencecah ‘harga henti’. Sebaik sahaja pasaran itu mencecah ‘harga henti’, arahan ‘henti pesanan’ itu dicetuskan dan dianggap sebagai satu ‘pesanan pada harga pasaran’*. Jika arahan ‘henti pesanan’ itu tidak dicetuskan ia akan terus berada dalam sistem itu sehingga satu tarikh terkemudian bergantung kepada syarat yang dihuraikan dalam bahagian ‘Baik sehingga Batal’. Arahan ‘Henti pesanan’ boleh diletakkan sedekat yang mungkin dengan harga pasaran semasa; tidak terdapat sebarang sekatan.

Henti Rugi : ini adalah satu pesanan untuk membeli atau menjual sebaik sahaja pasaran itu mencecah ‘harga had’. Sebaik sahaja pasaran itu mencecah ‘harga had’ pesanan itu dicetuskan dan dilaksanakan pada ‘harga had’ atau yang lebih baik. Jika ‘pesanan had’ itu tidak dicetuskan ia akan terus berada dalam sistem itu sehingga satu tarikh terkemudian tertakluk kepada syarat yang dihuraikan dalam bahagian ‘Baik sehingga Batal’. Arahan ‘Pesanan had’ boleh diletakkan sedekat yang mungkin dengan harga pasaran semasa; tidak terdapat sebarang sekatan.

Pesanan Had: ini merupakan pesanan untuk membeli atau menjuai sejurus pasaran mencapai 'harga had'. Apabila pasaran mencapai 'harga had' pesanan dimulakan dan dilaksanakan pada 'harga had' atau lebih tinggi. Sekiranya pesanan had dipenuhi secara separa, Pesanan had yang baharu akan dicipta secara automatik untuk volum tertunggak dan dilaksanakan apabila harga pasaran mencapai 'harga had' asal yang diminta. Sekiranya 'pesanan had' tidak dimulakan ia akan kekal di dalam sistem sehingga tarikh yang lebih lewat tertakluk kepada syarat yang diperincikan di seksyen 'Baik sehingga Batal'. 'Pesanan-pesanan had' boleh dibuat sedekat dengan harga pasaran semasa yang mungkin, tiada had untuk ini.

Ambil Untung : ini adalah satu pesanan untuk mengunci keuntungan. Sebaik sahaja pasaran itu mencecah ‘harga ambil untung’ pesanan itu dicetuskan dan dianggap sebagai satu ‘pesanan had’. Jika arahan ‘ambil untung’ itu tidak dicetuskan ia akan terus berada dalam sistem itu sehingga satu tarikh terkemudian. Arahan ‘Ambil Untung’ boleh diletakkan sedekat yang mungkin dengan harga pasaran semasa; tidak terdapat sebarang sekatan.

*(Pending) Pesanan Pasaran: ini adalah satu pesanan untuk membeli atau menjual pada harga pasaran semasa yang boleh didapati. Sistem itu secara automatik mengagregatkan volum yang diterima dari para penyedia kecairan pihak ketiga dan melaksanakan ‘pesanan pada harga pasaran’ pada VWAP (‘Harga Purata Berdasarkan Volum’) iaitu harga purata dan terbaik yang boleh didapati pada masa pelaksanaan itu. Sebaik sahaja arahan ‘pesanan pada harga pasaran’ itu dicetuskan ia akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dihuraikan dalam bahagian-bahagian ‘Baik sehingga Tarikh’ dan ‘Baik sehingga Batal’.

Baik sehingga Batal (‘GTC’) (= Luput) ini adalah satu setting pemasaan yang pelanggan boleh gunakan ke atas ‘pesanan menunggu’. Pelanggan itu boleh memilih satu tarikh tertentu pada masa hadapan sehingga mana pesanan itu boleh terus kekal ‘hidup’ dan menunggu pelaksanaan; jika pesanan itu tidak dicetuskan dalam jangkamasa ini ia akan dipadamkan dari sistem tersebut.

Baik sehingga Tarikh (‘GTD’) ini adalah satu setting pelaksanaan yang digunakan ke atas ‘pesanan menunggu’ yang didagangkan melalui cTrader. Ia mentakrifkan tempoh 5 saat pertama bermula dari masa pesanan itu dicetuskan; semasa 5 saat itu pesanan itu sedang menunggu pelaksanaan mengikut jenisnya seperti yang dihuraikan di atas.

Pengubahsuaian/ Pembatalan Pesanan Menunggu Sesebuah pesanan boleh diubah oleh pelanggan sekiranya pasaran tidak mencapai tahap harga yang dinyatakan oleh pelanggan dan pesanan tidak dibatalkan. Sesebuah pesanan akan dibatalkan sekiranya mana-mana daripada berikut berlaku:

  • sekiranya harga yang diminta lebih daripada 50,000 PIPS daripada harga pasaran; atau
  • sekiranya pelanggan membatalkan pesanan secara manual sebelum pasaran mencapai tahap harga yang dinyatakan oleh pelanggan; atau
  • sekiranya pelanggan meletakkan tempoh masa luput dan sudah tiba tempoh masa ini; atau
  • selepas 200 percubaan yang gagal untuk melaksanakan pesanan ini.

Gelinciran : pada masa satu pesanan dipersembahkan untuk pelaksanaan, harga spesifik yang diminta oleh pelanggan mungkin tidak boleh didapati; oleh itu, pesanan itu akan dilaksanakan hampir dengan atau berada beberapa pip jauhnya dari harga yang diminta oleh pelanggan. Jika harga pelaksanaan itu adalah lebih baik daripada harga yang diminta oleh pelanggan ini dirujuk sebagai ‘slippage positif’. Sebaliknya, jika harga pelaksanaan itu adalah lebih rendah daripada harga yang diminta oleh pelanggan ini dirujuk sebagai ‘slippage negatif’. Sila ambil perhatian bahawa ‘slippage’ adalah satu amalan pasaran yang biasa dan merupakan satu ciri biasa pasaran tukaran asing di bawah keadaan-keadaan* seperti tahap kecairan rendah dan volatiliti disebabkan oleh pengumuman berita, acara-acara ekonomi dan pembukaan pasaran. Perisian pelaksanaan secara automatik FxPro tidak berfungsi berdasarkan atas sebarang parameter individu yang berkait kepada pelaksanaan pesanan melalui sebarang akaun pelanggan yang spesifik.

* Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah satu senarai yang lengkap.

Komisen: dalam konteks cTrader, pelanggan itu harus dikenakan komisyen; maklumat lanjut boleh didapati secara atas talian di: www.fxpro.com.my/trading/cfd/ecn.

Instant Order(s)
Instant MetaTrader 4 cTrader MetaTrader 5
Execution Instant Order (Instant) Market Order (Instant) Market Order
Re-quoting
Slippage N/A
Partial fills
Level restrictions on 'stop & limit' orders 1 or 2 pips for majors N/A 1 or 2 pips for majors
Commission
Mark-up
Pending Order(s)
STOP ORDERS (Buy Stop, sell stop, stop loss) MetaTrader 4 cTrader MetaTrader 5
Execution Market Order Market Order Market Order
Re-quoting N/A N/A N/A
Slippage
Partial fills
Level restrictions on 'stop & limit' orders 1 or 2 pips for majors N/A 1 or 2 pips for majors
Commission
Mark-up
LIMIT ORDERS (Buy limit, sell limit, take profit) MetaTrader 4 cTrader MetaTrader 5
Limit Order Limit Order Limit Order Limit Order
Re-quoting N/A N/A N/A
Slippage , positive. , positive. , positive.
Partial fills
Level restrictions on 'stop & limit' orders 1 or 2 pips for majors N/A 1 or 2 pips for majors
Commission
Mark-up
Buy stop/sell stop limit orders

Untuk maklumat lanjut sila baca ‘Polisi Pelaksanaan Pesanan’ kami yang boleh didapati secara atas talian di www.fxpro.com.my/trading/products/download

  • Saiz Pesanan FxPro boleh melaksanakan sebarang saiz pesanan bermula dari 1000 matawang asas tanpa had maksimum.
  • Tidak ada sebutharga semula – pelaksanaan terjamin Dengan cTrader FxPro, pedagang boleh mendapat jaminan pelaksanaan tanpa sebutharga semula selagi terdapat kedalaman dalam pasaran.
  • SOR dan VWAP Penghalaan Pesanan Pintar memastikan bahawa anda sentiasa mendapat harga yang terbaik manakala peningkatan kecairan memastikan pesanan anda akan dilaksanakan secara automatik pada kadar 99.9%. Dalam keadaan separa isi, FxPro cTrader akan mengagregate semua kecairan yang tersedia secara automatik pada harga paling baik tersedia yang mungkin dan mengisi di VWAP (Harga Purata Berwajaran-Volum).
  • Tidak ada sekatan ke atas pesanan had – pilih poin masuk/keluar anda cTrader FxPro tidak ada sekatan ke atas sejauh mana dari harga pasaran semasa seseorang pedagang boleh meletakkan satu arahan ambil untung atau satu paras henti rugi, yang membenarkan pelaksanaan strategi secara tepat. Pedagang boleh meletakkan satu arahan ambil untung atau henti rugi sedekat yang mungkin dengan harga pasaran ECN semasa.
  • Tahap Margin yang Diperlukan untuk Membuka Kunci atau Kedudukan lindung nilai Satu kunci atau kedudukan lindung nilai muncul apabila pelanggan membuka perdagangan bagi jumlah yang sama dalam arah yang bertentangan dengan satu kedudukan yang sudah terbuka. Ini tidak sama seperti menutup perdagangan awal, kerana kedudukan kunci memerlukan yang kedua-duanya kekal terbuka.
  • Swap/Rollover Jika satu dagangan disimpan terbuka semalaman, maka terdapat satu swap/kos rollover/pendapatan yang dikira ke atas kedudukan itu. Kos atau pendapatan itu dikira sebagai perbezaan kadar faedah semalaman antara dua matawang ditambah dengan komisyen yang dikenakan oleh syarikat di mana kedudukan itu dipegang, bergantung kepada jenis kedudukan itu (panjang/pendek).

Adalah penting untuk mengingati bahawa anda boleh mendapat untung atau rugi ke atas swap dan, kerana itu, anda mempunyai samada rollover positif atau rollover negatif. Terdapat satu kemungkinan bahawa sesetengah instrumen mungkin mempunyai nilai rollover negatif pada kedua-dua belah, kerana FxPro mengenakan caj komisyennya sendiri ke atas perbezaan kadar faedah untuk kadar semalaman dua matawang itu, dan oleh itu nilai-nilai positif dan negatif dikurangkan secara sewajarnya.

’swap’ akan dikenakan bayaran secara automatik pada akaun klien dan ditukarkan kepada mata wang akaun denominasi. 'swap' dikenakan bayaran pada waktu Cyprus 23:59. Dari Jumaat hingga Isnin, swap dikenakan bayaran sekali. Dari Rabu hingga Khamis, swap dikenakan bayaran pada kadar tiga kali ganda.

Buka Akaun Dagangan

Amaran Risiko: Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara.

FxPro MT4 Desktop
FxPro cTrader Desktop
Pusat Muat Turun
 

Muat turun platform perdagangan industri yang paling popular dan alaminya dengan syarat-syarat perdagangan profesional FxPro.

Muat turun dan pasang klien desktop bagi platform perdagangan ECN kami yang memenangi anugerah.

Muat turun versi terkini bagi semua platform perdagangan kami yang menerajui industri di sini.

 
UP