Keselamatan Dana Pelanggan

Penajaan Lepas
Integriti Keselamatan Ketelusan

Semua dana yang dipegang bagi pihak pelanggan kami adalah didasari 5 prinsip untuk memastikan keselamatan mereka.

Pengasingan Dana

Semua dana yang dideposit dengan FxPro adalah diasingkan sepenuhnya daripada dana syarikat sendiri dan disimpan dalam akaun-akaun bank yang berasingan. Ini memastikan bahawa dana milik pelanggan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang lain. Laporan kewangan interim dan tahunan kami diaudit di Cyprus oleh PWC, auditor kewangan global yang terkemuka, memastikan bahawa semua operasi kami dijalankan mengikut standard yang tertinggi.

Perlindungan Pelabur

FxPro UK Limited adalah ahli kepada Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS) dan FxPro Financial Services Limited adalah ahli kepada Investors Compensation Fund (ICF). Kelayakan bergantung kepada status dan sifat tuntutan. Sila rujuk kepada dokumen perundangan dan polisi pampasan untuk maklumat selanjutnya.

Keselamatan Dana

FxPro adalah bergadingan dengan beberapa bank Eropah yang utama seperti Barclays Bank PLC, Julius Baer Bank, Bank of America and Royal Bank of Scotland. Firma ini memastikan bahawa dana yang dideposit mempunyai risiko kredit yang rendah.

Peraturan

FxPro UK Limited dibenarkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) (nombor pendaftaran. 509956). FxPro Financial Services Limited dibenarkan dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) (nombor lesen 078/07). Syarikat ini mematuhi standard yang paling ketat, termasuklah syarat modal yang mencukupi. Syarikat ini menghantar laporan kewangan kepada FCA dan CySEC secara berkala termasuklah rekod dana pelanggan.

Perlindungan Baki Negatif

FxPro menggunakan sistem pemantauan transaksi automatik dan pengurusan risiko untuk memastikan bahawa baki pelanggan tidak akan jatuh ke bawah aras deposit asal mereka, melindungi mereka daripada sebarang kerugian yang melebihi pelaburan asal mereka yang akan ditanggung oleh FxPro.

Mulakan Berdagang Sekarang Demo Percuma Disertakan

Amaran Risiko: Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara.

Dasar pelaksanaan pesanan
Prosedur pengendalian aduan
Dasar konflik kepentingan

Ketahui bagaimana kami membuat pesanan anda.

Ketahui bagaimana kami menangani aduan klien.

Ketahui bagaimana kami menangani konflik kepentingan.

UP