FAQ Portfolio Anda

Apakah yang digambarkan oleh graf prestasi berbeza dalam Portfolio saya?

Graf prestasi dalam Halaman Portfolio anda dengan maklumat berikut:

Graf intrahari: menunjukkan prestasi harian portfolio anda. Ia dikira dengan membandingkan ekuiti portfolio semasa dengan ekuiti portfolio pada tengah malam hari berkenaan. Kiraan ini dijalankan setiap minit dan geraf dikemas kini secara automatik.

Graf 7 hari: menayangkan tentang prestasi portfolio anda sepanjang 7 hari yang lepas. Ia dikira dengan membandingkan ekuiti portfolio semasa dengan ekuiti portfolio pada tengah malam 29 hari sebelum itu. Kiraan ini dijalankan setiap minit dan graf dikemas kini setiap jam.

Graf 30 hari: menunjukkan prestasi portfolio anda sepanjang 30 hari yang lepas. Ia dikira dengan membandingkan ekuiti portfolio semasa dengan ekuiti portfolio pada tengah malam 29 hari sebelum itu. Kiraan ini dijalankan setiap minit dan graf dikemas kini setiap hari.

Semenjak graf dimulakan: menunjukkan prestasi portfolio anda sepanjang 365 hari yang lepas. Ia dikira dengan membandingkan ekuiti portfolio semasa dengan ekuiti portfolio pada tengah malam 365 hari sebelum itu. Kiraan ini dijalankan setiap minit dan graf dikemas kini setiap minggu.

Carta bar Sepanjang Minggu: menayangkan prestasi mingguan portfolio antara hari Isnin dan Jumaat. Titik awal ditetapkan semula setiap minggu.