FAQ Soalan Umum

Adakah berkemungkinan untuk kerugian lebih banyak wang daripada yang saya depositkan?

FxPro menggunakan pemantauan transaksi berautomasi dan sistem pengurusan risiko untuk melindungi klien daripada sebarang kerugian melampaui pelaburan asal mereka.

Oleh itu, sekiranya anda berdagang dalam platform MT4, FxPro memegang hak budi bicara untuk memulakan penutupan posisi terbuka semasa, bermula dari yang paling tidak menguntungkan, apabila tahap margin akaun anda jatuh di bawah paras 25%. Sekiranya tahap margin akaun anda sama dengan, atau jatuh di bawah paras 20%, semua posisi terbuka anda akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa, mengikut Dasar Pelaksanaan Pesanan kami.

Sekiranya anda berdagang dalam platform MT5 atau cTrader, FxPro memegang hak budi bicara untuk memulakan penutupan posisi terbuka semasa, bermula dari yang memerlukan margin terbesar, apabila tahap margin akaun anda jatuh di bawah paras 40%. Sekiranya tahap margin akaun anda sama dengan, atau jatuh di bawah paras, 30%, semua posisi terbuka anda akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa, mengikut Dasar Pelaksanaan Pesanan kami.

FxPro menawarkan Perlindungan Baki Negatif kepada klien-kliennya sebagai sebahagian daripada Perjanjian Klien, dengan itu memastikan bahawa klien tidak boleh kerugian lebih daripada pelaburan keseluruhan mereka. Walaupun ini bukan keperluan yang tertakluk dalam peraturan, FxPro menyediakan perkhidmatan ini selagi ia diterima atas dasar peri kemanusiaan dan tidak dimanipulasikan atau disalah guna.