FAQ Soalan Umum

Adakah anda menjamin pesanan?

Kami tidak dapat menjamin sepenuhnya pesanan kerana sesetengah keadaan perdagangan tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kemeruapan atau ketidakkecairan pasaran yang tinggi menjadikannya mustahil untuk kami melaksanakan pesanan menunggu pada harga yang diumumkan. Di bawah keadaan-keadaan seperti itu, FxPro berhak untuk mengubah suai harga dibuka dan/atau penutup dan memenuhi pesanan anda pada harga terbaik seterusnya.

Meletakkan pesanan henti rugi mungkin boleh dianggap sebagai tambahan kepada strategi penyederhanaan risiko. Walau bagaimanapun, pesanan henti rugi tidak pernah dijamin. Ini ialah kerana harga pada mana pesanan henti rugi diletakkan bertindak sebagai 'titik pencetus'. Dalam hal di mana harga instrumen kewangan yang didagangkan mencapai harga cetusan, pesanan henti rugi anda akan dilayani sebagai pesanan pasaran dan dilaksanakan pada Harga Purata Berpemberat Volum (Volume Weighted Average Price - ‘VWAP’) mengikut Dasar Pelaksanaan Pesanan. Semasa keadaan tidak normal dan kemeruapan tinggi, pesanan henti rugi mungkin boleh dilaksanakan pada harga terburuk.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.