FAQ Soalan Platform Umum

Apakah perbezaan yang paling ketara antara platform FxPro MT4, FxPro MT5, dan FxPro cTrader?

Dalam platform FxPro MT4 kami, kami menawarkan pelaksanaan segera dengan campur tangan tiada meja urusniaga, dengan pesanan klien disalurkan ke pembekal kecairan kami dengan serta-merta. Tiada yuran komisyen untuk perdagangan, kami mengenakan sedikit tanda atas ke sebaran. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang platform dagangan FxPro MT4 di sini.

Dalam platform MT5 kami, kami menawarkan pelaksanaan pasaran dan menyediakan klien kami dengan maklumat mendalam pasaran penuh, dagangan carta tick dan persekitaran pembangunan berintegrasi untuk Penasihat Pakar. Maklumat lanjut tentang platform dagangan FxPro MT5 boleh ditemui di sini.

FxPro cTrader mengumpulkan semua kecairan tersedia terus ke platform dan menghantar pesanan terus ke pasaran. Klien menerima sebaran pasaran tanpa apa-apa tanda atas dan membayar yuran komisyen sebanyak AS$45 setiap AS$1 juta yang didagangkan selepas membuka menutup sesuatu posisi. Klien sentiasa menerima bidaan dan harga permintaan tersedia yang terbaik untuk volum yang didagangkan, dengan pesanan diisi pada Harga Purata Berpemberat Volum ( VWAP - Volume Weighted Average Price). Maklumat lanjut tentang platform FxPro cTrader boleh ditemui di sini.

Klik di sini untuk Jadual Perbandingan Platform FxPro.