FAQ FxPro VPS

Bagaimanakah saya hendak menetapkan VPS saya?

Selepas berjaya melanggan FxPro VPS, anda akan menerima e-mel daripada Beeks FX (penyedia VPS kami) mengesahkan bahawa akaun VPS anda telah berjaya dicipta dan maklumat log masuk juga akan disertakan. Untuk menetapkan VPS anda, klik pautan akses VPS di dalam e-emel, tambah maklumat yang diberikan dalam e-mel pengesahan anda kepada kawasan berkaitan borang Beeks FX VPS dan muat turun fail RDP yang terletak di bahagian bawah halaman. Cari fail pada mesin anda dan klik padanya, sambungan dekstop jauh akan bermula, sebaik sahaja disambungkan, kotak akan muncul meminta anda memasukkan kelayakan anda, masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan kepada anda dan klik 'OK'. Anda telah berjaya disambungkan kepada VPS anda.