FAQ FxPro Quant

Bagaimanakah saya hendak mengetahui sama ada EA saya berjalan dengan betul?

Untuk memastikan EA anda berjalan dengan betul anda mestilah terlebih dahulu mengesahkan bahawa EA telah didayakan dalam platform anda. Untuk melakukannya, semak bahawa butang ‘Penasihat Pakar’ dalam bar alat utama di bahagian atas skrin ialah berwarna hijau. Sekiranya ia berwarna merah, klik pada butang untuk mendayakan EA.

Anda mestilah memastikan bahawa EA anda didayakan untuk dagangan secara langsung. Untuk melakukannya, klik kanan pada carta di mana EA telah diletakkan, pilih ‘Penasihat Pakar’, kemudian ‘Sifat’. Tanda semak kotak yang berlabel ‘Benarkan dagangan secara langsung’ dan klik ‘OK’. EA anda sepatutnya sekarang ini telah berjalan dengan betul.

Sebaik sahaja EA anda bergerak dan bekerja, anda boleh menyemak tab ‘Pakar’ dan ‘Jurnal’ dalam terminal untuk melihat sama ada sistem anda melaporkan apa-apa ralat.

Harap maklum bahawa sekiranya EA anda sedang berjalan dan dagangan automatik didayakan, anda dapat melihat wajah "smiley" pada sudut kanan atas carta bersebelahan dengan nama EA.