FAQ FxPro Direct

Bagaimanakah saya hendak memuat naik dokumen kepada FxPro Direct?

Untuk memuat naik dokumen, log masuk terlebih dahulu ke dalam FxPro menggunakan alamat e-mel dan kata laluan berdaftar anda. Sebaik sahaja anda telah selesai, klik pada 'Profil Saya' di lajur kiri dan pilih tab 'Muat naik dokumen' di bahagian atas halaman. Dari tab ini, anda boleh memuat naik semua dokumentasi berkaitan untuk semakan oleh pasukan khidmat sokongan kami. Klik sahaja 'Semak Imbas' untuk membuka tetingkap baharu, dari sini, pilih di mana letaknya dokumen yang anda cuba muat naik pada mesin anda dan klik 'Buka'. Anda akan dimaklumkan apabila muat naik sedang berjalan dan menerima pengesahan apabila ia berjaya dimuat naik. Lakukan perkara yang sama untuk setiap dokumentasi yang disenaraikan di halaman 'Muat naik dokumen'. Sebaik sahaja dokumen anda dimuat naik, pasukan khidmat sokongan kami akan mula menentusahkannya mengikut susunan ia diterima.