FAQ Deposit & Pengeluaran

Bagaimanakah saya hendak mengeluarkan dana?

Anda boleh mengeluarkan dana dengan melog masuk ke FxPro Direct anda (direct.fxpro.com), di mana anda hendaklah melakukan permintaan pengeluaran. Untuk melakukannya, klik pada butang 'Urus FxPro Vault' berwarna hijau pada bar sisi. Kemudian, anda akan dapat memindahkan dana di antara Vault anda dan akaun perdagangan anda, memaparkan sejarah transaksi anda dan melakukan pendepositan atau pengeluaran ke atau daripada Vault anda dengan mengklik pautan berkenaan.

Jabatan Perakaunan Klien kami akan menerima permintaan anda dan meneruskannya dalam 1 hari bekerja.

Harap maklum bahawa dasar berikut adalah tertakluk untuk semua pengeluaran: Sekiranya permintaan pengeluaran dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendepositan dibuat, deposit Kad Kredit hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu, diikuti oleh deposit PayPal, diikuti oleh deposit Skrill. Sebaik sahaja semua deposit yang dilakukan melalui kaedah yang disebutkan sebelum ini dikembalikan, barulah anda boleh mengeluarkan melalui mana-mana kaedah yang anda mahu.