FAQ Akaun Demo

Adakah akaun demo terhad dengan apa jua cara?

Sebagai klien FxPro, anda boleh membuka sebanyak mana akaun demo yang anda suka. Akaun demo adalah tanpa had, boleh digunakan selama mana yang anda mahu, dan boleh ditambah nilai dana pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa sementara anda boleh berdagang dalam akaun demo untuk jangka masa yang tidak terhad, akaun demo MT4 akan dinyahaktifkan sekiranya tidak terdapat apa-apa aktiviti dalam tempoh 30 hari.

Akaun demo MT4 dan MT5 adalah terhad kepada 70 posisi terbuka maksimum. Selain itu, sementara akaun demo memaparkan keadaan dan harga pasaran sebenar, ia hanyalah simulasi, bermakna, ketika tempoh kemeruapan atau ketidakcairan tinggi sebagai contoh waktu pasaran dibuka atau pengumuman baharu dibuat, akaun-akaun ini mungkin tidak bertindak dengan cara yang sama seperti akaun sebenar. Oleh kerana dagangan-dagangan yang serupa dalam akaun sebenar dan demo dilayani secara berbeza ketika tempoh meruap, adalah disyorkan bahawa akaun demo hanya dianggap sebagai alat pembelajaran untuk pedagang yang tidak berpengalaman atau tempat untuk menguji strategi berdagang yang baharu.