FAQ Sistem Kredit

Adakah terdapat sebarang risiko yang terlibat di dalam penggunaan sistem kredit?

Klien hendaklah sedia maklum bahawa penggunaan Barisan Kredit mungkin boleh meningkatkan kebarangkalian kerugian anda seperti juga ia mungkin boleh meningkatkan kebarangkalian keuntungan anda. Harap maklum bahawa semua kerugian adalah dikenakan kepada amaun pelaburan awal anda sendiri dan bukannya Barisan Kredit yang disediakan oleh FxPro.

Sementara penggunaan Barisan Kredit membenarkan anda untuk terus memperuntukkan dana ke strategi sambil ekuiti anda menurun, protfolio anda kekal terbuka kepada penggilan margin sekiranya ekuiti anda jatuh ke tahap yang tidak lagi dapat menjamin posisi terbuka anda. Anda akan menerima panggilan margin sebaik sahaja ekuiti anda (tidak termasuk pekali) jatuh ke paras 6% daripada amaun kredit. Sekiranya ekuiti anda terus jatuh ke paras 3% darpada Barisan kredit, strategi yang anda salin akan dihentikan secara automatik dan portfolio anda akan dikunci.