FAQ Menyalin Strategi

Apabila saya mula menyalin strategi dan dagangan dibuka, berapa banyakkah lot yang akan dibuka?

Ini ditentukan oleh nisbah antara ekuiti anda yang diperuntukkan dan ekuiti pemimpin. Contoh: Katakanlah bahawa anda memperuntukkan sebanyak $5,000 kepada strategi dan telah memilih pengganda 1. Juga, katakanlah bahawa ekuiti pemimpin bagi strategi tersebut adalah $10,000. Jika pemimpin membuka dagangan sebanyak 3 lot, maka anda akan membuka dagangan dengan 1.5 lot. (5,000/10,000) * 1 (pengganda) * 3 (jumlah lot pemimpin) = 1.5.