FAQ Jenis Akaun

Bolehkah saya membuka akaun korporat?

Ya. Untuk memohon akaun perdagangan korporat, wakil syarikat mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan FxPro melalui prosedur mendaftar biasa dalam halaman utama FxPro [Lihat Bagaimana membuka akaun perdagangan secara langsung?]. Butiran peribadi yang disediakan mestilah dimiliki oleh wakil tersebut. Sebaik sahaja alamat e-mel wakil telah disahkan dan perakuan kelayakan log masuk untuk akaun baharu telah diterima, wakil syarikat mestilah menghubungi Jabatan Pejabat Belakang kami melalui panggilan telefon atau e-mel (backoffice@fxpro.com).

Jabatan Pejabat Belakang kami akan meminta butiran berikut: nama syarikat; negara syarikat didaftarkan; jenis perniagaan. Maklumat ini diperlukan untuk memastikan klien akaun korporate yang berpotensi dapat disediakan dengan senarai dokumen diperlukan yang betul.

Sebaik sahaja kami menerima semua dokumen yang diperlukan, Jabatan Pejabat Belakang kami akan menyemaknya dan membantu dalam melengkapkan permohonan.