Berdaganglah Dengan Bertanggungjawab – Memahami risiko yang terlibat

Kontrak untuk Perbezaan (CFDs) merupakan instrumen derivatif yang membolehkan pedagang untuk menspekulasi nilai yang bertukar-tukar ke atas sesuatu aset tanpa mengambil pemilikan aset tersebut. Atas sebab kerumitannya, berdagang dalam CFD mempunyai tahap risiko yang tinggi, terutamanya kepada pedagang atau pelabur kali pertama yang tidak berpengetahuan mengenai pasaran.

Mempelajari mengenai pasaran dan memahami risiko yang terlibat tidak menghapuskan sepenuhnya risiko yang timbul dalam perdagangan CFD, tetapi ia mungkin membantu anda membuat keputusan yang bermaklumat, menguruskan dana anda yang dilaburkan dengan lebih berkesan dan menggunakan pengurusan risiko yang mencukupi. Sekiranya anda baharu lagi kepada perdagangan, layari halaman Bermula kami dan daftarlah untuk akaun demo untuk mempelajari asas-asasnya. Akaun demo ialah percuma dan tanpa had, dan direka untuk membantu anda melatih berdagang atau menguji strategi anda dalam persekitaran yang bebas risiko.

Bagaimana untuk menggunakan leveraj sebagai kelebihan anda

Berdagang dengan menggunakan leveraj membolehkan pedagang mengawal posisi yang melebihi nilai pelaburan permulaan mereka. Sekiranya, sebagai contoh, anda mendeposit $1,000 ke dalam akaun anda, berdagang dengan leveraj 1:200 akan membolehkan anda mengawal posisi $200,000, yang akan memaksimakan keuntungan anda, sekiranya pasaran bergerak ke arah kelebihan anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya pasaran bergerak menentang arah kelebihan anda, leveraj akan meningkatkan lagi kerugian anda. Untuk menjadi lebih arif dalam perdagangan menggunakan leveraj, anda boleh membuka sebuah akaun demo percuma dan melihat leveraj apakah yang paling sesuai dengan strategi anda.

Kunci ke arah pengurusan risiko yang berkesan

Pengurusan risiko yang sesuai amat penting dalam dunia perdagangan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan bahawa anda menguruskan risiko dengan berkesan:
  • Labur jumlah dana yang anda sedia untuk rugi, sekiranya pasaran jatuh.
  • Labur dalam beberapa jenis aset untuk menyebarkan risiko anda. Sebagai contoh, ramai pedagang kerap melabur dalam Kontrak Masa Depan untuk menguruskan risiko daripada posisi lain mereka yang terbuka.
  • Berdaganglah mengikut strategi. Cuba elakkan daripada meletakkan dagangan ke atas gerak hati dan berikan perhatian kepada acara-acara sosio-politik, dan juga penanda-penanda ekonomi, yang mungkin mempunyai kesan ke atas harga aset-aset yang tertentu.
  • Gunakan arahan Henti Rugi dan Ambil Keuntungan dengan berhati-hati untuk mengurangkan kerugian.

Aplikasi Perkakas FxPro

Tersedia untuk muat turun di

Perdagangan bebas-stres

Perdagangan langsung dalam persekitaran pasaran nyata kerap mengakibatkan stres, terutamanya kepada pedagang-pedangang permulaan. Harga aset berubah setiap milisaat dan pasaran kerap bergerak dalam arah yang sukar untuk diramal.

Sedikit stres apabila berdagang amatlah biasa dan dijangka, terutamanya jika ia membawa kepada lebih banyak keputusan yang dikira dan pengurusan risiko yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak stres mungkin boleh mengakibatkan keputusan spontan yang akan merosakkan strategi anda.

Salah satu cara yang terbaik untuk mengendalikan stres yang berkaitan dengan perdagangan ialah menukarkan strategi anda kepada sebuah algoritma. Pembina strategi visual strategy kami, FxPro Quant, membolehkan anda mengautomasikan perdagangan anda dengan memprogram algoritma anda sendiri tanpa menggunakan bahasa pengekodan yang kompleks. Terdapat banyak manfaat perdagangan algoritmik, kerana ia mengurangkan masa yang anda gunakan untuk memantau pasaran, mengurangkan kesilapan, mengelakkan anda daripada meletakkan dagangan atas gerak hati, dan meningkatkan ketepatan perdagangan anda memandangkan semua pengiraan dilakukan dengan algoritma.

UP