Terbitan Akhbar FxPro

FxPro dan Watford FC Mengumumkan Perjanjian Tajaan

14/06/2017, 05:00

FxPro Watford FC

14 Jun 2017, London. Broker atas talian FxPro dan Kelab Liga Perdana yang bertapak di London Watford FC dengan sukacitanya mengumumkan satu perjanjian tajaan selama tiga musim bermula pada permulaan musim 2017/18. Ini ialah perjanjian tajaan yang paling besar dalam sejarah Kelab tersebut, dengan FxPro bertindak sebagai muka hadapan jersi dan Rakan Niaga Kelab Utama ketika Watford FC menuju ke satu lagi musim dalam liga bola sepak yang paling mencabar di dunia.

Scott Duxbury, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Watford FC, memberi komen berikut:

“Beberapa musim lepas telah menyaksikan kejayaan untuk Kelab ini di atas dan di luar padang. Melalui usaha sama dengan satu syarikat pemenang anugerah, yang beribu pejabat di UK , dikhtiraf atas kedua-dua pendekatan berprinsip terhadap perniagaan dan kehadiran utama selama satu dekad dalam industri perkhidmatan kewangan, kami terus menunjukkan komitmen kami kepada nilai-nilai yang menjadikan Watford FC terkenal di seluruh dunia.”

FxPro dan Watford FC berkongsi nilai-nilai kejujuran dan keadilan yang sama, dengan FxPro terkenal di atas perhubungannya yang lama dengan bola sepak Liga Perdana sementara bertindak sebagai pendukung yang kuat untuk amalan dagangan yang telus dan beretika dalam industri perkhidmatan kewangan. Satu peranan penting dalam penajaan akan datang ini ialah pembangunan aktiviti akar umbi dan komuniti serta program bantuan amal untuk mempromosi lebih lanjut perjuangan yang sama-sama diberi komitmen oleh FxPro and Watford FC.

Spencer Field, Pengarah Komersial Watford FC, menyatakan bahawa:

“Perjanjian ini tanpa ragu telah mengukuhkan lagi daya tarikan jenama Watford FC di persada antarabangsa. Kami sedang menanti-nanti untuk memajukan inisiatif-inisiatif pemasaran dan pengaktifan dalam pelbagai pasaran secara global, yang kami yakin akan berfaedah kepada Kelab ini untuk beberapa tahun akan datang.”

CEO FxPro, Charalambos Psimolophitis, memberi komen:

“Kami percaya dengan potensi Watford FC, yang telah membuktikan diri mereka berulang kali sebagai salah satu Kelab yang paling berdedikasi dan dipacu dalam Liga Perdana. Kami sungguh sukacita dapat bertindak sebagai Rakan Niaga Kelab Utama dan mengucapkan salam kejayaan kepada Watford FC untuk musim-musim akan datang.”

Nota kepada Media

Mengenai FxPro

FxPro merupakan broker FX yang dianugerahkan berkali-kali yang mana kepentingannya adalah sejajar dengan klien-kliennya dengan membantu mereka untuk mendapat lebih keuntungan. Melalui sumber kecairannya yang dalam FxPro bermatlamat untuk menjadi pembekal penyelesaian FX yang terulung untuk kedua-dua klien institut dan runcit, yang menggunakan perkhidmatannya dalam lebih daripada 150 negara dengan platform perdagangan dan perkakas algoritma yang canggih.

FxPro UK Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (sebelum ini, Financial Services Authority) (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities dan Exchange Commission (no. lesen 078/07).

Cara Menghubungi Media

FxPro Group Ltd

Perdagangan CFD melibatkan risiko kehilangan yang tinggi.

UP