Pasaran FxPro

Berdaganglah dalam
Pasaran Dunia

  • /
  • Kumpulan FxPro
    /
  • FxPro Today

Terbitan Akhbar FxPro

FxPro akan Melancarkan MT5

26/01/2015, 06:50

26 January 2015, London. FxPro dengan bangganya mengumumkan pelancaran tambahan terkini kepada senarai platform perdagangan mereka yang sedang berkembang, FxPro MetaTrader5, (MT5). Sebagai respons terhadap keinginan pedagang-pedagang mereka, broker FX yang terkemuka kini dalam peringkat terakhir untuk menggabungkan platform yang dinantikan dengan penuh minat ini ke dalam infrastruktur perdagangan mereka.

MT5 telah direka bentuk khusus untuk broker-broker STP, membolehkan klien mereka membuat pesanan yang dilaksanakan secara terus dalam pasaran. Ia menampilkan antara muka pengguna yang dipertingkat serta beberapa perubahan penting apabila dibandingkan dengan yang sebelumnya.

Ini termasuk:
  • Tambahan lebih banyak tempoh masa, penunjuk teknikal dan alat grafik.
  • Penukaran akaun yang dipertingkat
  • Kemampuan untuk berdagang secara terus dari carta tanda
  • Maklumat terperinci pasaran sebenar
  • Persekitaran pembangunan EA bersepadu

CEO FxPro, Charalambos Psimolophitis mempunyai sesuatu untuk diperkatakan tentang platform baharu ini:

“Kami sentiasa mendengar permintaan klien kami, di mana itulah sebabnyak kami memutuskan untuk melancarkan FxPro MT5 yang sudah pasti akan menjadi tambahan baharu yang hebat kepada kumpulan platform sedia ada kami, terutamanya apabila digabungkan dengan keadaan perdagangan profesional dan dasar perlindungan baik negatif kami .”

FxPro menjangka akan melancarkan platform MT5 beberapa minggu lagi.

Nota kepada Media

Mengenai FxPro

FxPro merupakan broker FX yang dianugerahkan berkali-kali yang mana kepentingannya adalah sejajar dengan klien-kliennya dengan membantu mereka untuk mendapat lebih keuntungan. Melalui sumber kecairannya yang dalam FxPro bermatlamat untuk menjadi pembekal penyelesaian FX yang terulung untuk kedua-dua klien institut dan runcit, yang menggunakan perkhidmatannya dalam lebih daripada 150 negara dengan platform perdagangan dan perkakas algoritma yang canggih.

FxPro UK Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (sebelum ini, Financial Services Authority) (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities dan Exchange Commission (no. lesen 078/07).

Cara Menghubungi Media

FxPro Group Ltd

Perdagangan CFD melibatkan risiko kehilangan yang tinggi.

UP