Pasaran FxPro

Berdaganglah dalam
Pasaran Dunia

  • /
  • Kumpulan FxPro
    /
  • FxPro Today

Terbitan Akhbar FxPro

FxPro Mengumumkan Pelancaran 4 Instrumen Baru

28/10/2010, 07:31

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyediakan anda dengan pelbagai produk kewangan untuk perdagangan, kami berasa gembira untuk mengumumkan bahawa pada 1 November 2010, empat produk kewangan tambahan akan disediakan untuk perdagangan melalui platform kami, iaitu:

  • USDTRY
  • EURTRY
  • GOLDEURO
  • SILVEREURO
‘Kami percaya bahawa [produk-produk kewangan tambahan] akan membolehkan pelanggan sedia ada dan bakal kami untuk mempelbagaikan aktiviti perdagangan mereka memenuhi objektif pelaburan mereka.’ kata Panayiotis Xydas, Ketua Pegawai Eksekutif dari FxPro.

Ia adalah satu fakta bahawa populariti kedua-dua USDTRY dan EURTRY telah meningkat kerana lebih banyak transaksi kewangan dilakukan antara Eropah dan Amerika Syarikat dengan Turki; peningkatan transaksi kewangan ini dengan Turki menyebabkan peningkatan pasangan mata wang dalam aliran asas ini. USDTRY dan EURTRY akan mengembangkan kemunculan pasaran pasangan mata wang kami. Ini akan membolehkan pelanggan kami untuk meningkatkan akses mereka ke rantau Eurasia.

Berdagang dengan GOLDEURO dan SILVEREURO akan memberikan alternatif kepada pelanggan yang ingin berdagang logam tetapi pada masa yang sama meminimumkan pendedahan mereka dalam USD yang merupakan mata wang utama terhadap semua logam. Dengan krisis kewangan semasa EUR juga telah memperolehi populariti.

Bahagian Khidmat Pelanggan kami yang dedikasi boleh didapati jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai pengumuman ini. Sila hubungi kami, 24 jam sehari, lima hari seminggu oleh Live Chat, Panggil Balik, e-mel atau panggilan percuma.

Nota kepada Media

Mengenai FxPro

FxPro merupakan broker FX yang dianugerahkan berkali-kali yang mana kepentingannya adalah sejajar dengan klien-kliennya dengan membantu mereka untuk mendapat lebih keuntungan. Melalui sumber kecairannya yang dalam FxPro bermatlamat untuk menjadi pembekal penyelesaian FX yang terulung untuk kedua-dua klien institut dan runcit, yang menggunakan perkhidmatannya dalam lebih daripada 150 negara dengan platform perdagangan dan perkakas algoritma yang canggih.

FxPro UK Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (sebelum ini, Financial Services Authority) (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities dan Exchange Commission (no. lesen 078/07).

Cara Menghubungi Media

FxPro Group Ltd

Perdagangan CFD melibatkan risiko kehilangan yang tinggi.

UP