Pasaran FxPro

Berdaganglah dalam
Pasaran Dunia

  • /
  • Kumpulan FxPro
    /
  • FxPro Today

Terbitan Akhbar FxPro

FxPro mengumumkan Tajaan Baju Kedua: Fulham FC

25/06/2010, 14:33

FxPro Financial Services Ltd (FxPro), broker rantaian global yang terkemuka di FX dan CFDs mengisyaratkan niat strategik dengan pengesahan yang ia akan menaja pasukan Liga Perdana Inggeris di London dan Birmingham pada hari ini.

FxPro baru-baru ini sahaja menandatangani perjanjian untuk menjadi penaja baju utama untuk Fulham Football Club di London, dan Aston Villa Football Club di Birmingham.

Fulham FC Main Sponsor

Alistair Mackintosh, Ketua Eksekutif dari Fulham Football Club mengulas:

“Saya berasa gembira untuk mengalu-alukan kedatangan FxPro ke Fulham dalam tempoh yang berjaya ini. Ia sentiasa menjadi sebab untuk beraya apabila anda mempunyai peluang untuk bekerja dengan jenama yang berkongsi komitmen dan visi anda untuk kejayaan. FxPro sudah mempunyai kehadiran global dan, bekerjasama dengan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, akan meningkatkan ini lagi. Jelasnya ia mempunyai manfaat tambahan untuk capaian global Fulham, berikutan dengan kejayaan di Eropah paada musim lalu dan pengiktirafan Kelab diterima dari seluruh dunia, adalah sesuatu yang kami amat teruja.”

Tajaan Utama Fulham FC

Paul Faulkner, Ketua Eksekutif dari Aston Villa Football Club mengulas:

“Kami amat gembira dan teruja untuk menjadi perkongsian baru ini dengan FxPro. Ia mencerminkan perkembangan berterusan kami sebagai Kelab selepas musim di mana kami menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana untuk tahun ketiga berturut-turut manakala dua kali mencapai Wembley - bertanding dalam pusingan akhir Piala Carling dan Piala FA separuh akhir. Begitu juga, kami berasa gembira untuk mengesahkan bahawa Acorns akan menjadi Rakan Rasmi Amal kami dan dalam mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan kedua-dua FxPro dan Acorns , perikatan erat telah dimulakan.”

FxPro berhasrat untuk mengembangkan profil di pasaran utama, oleh itu pilihan dua pasukan yang popular dan disokong, di bandar yang paling ramai penduduk dan ekonomi yang kuat di UK adalah wajar untuk cita-cita masa depan perniagaan.

Denis Sukhotin, Pengarah FxPro mengulas:

“FxPro berhasrat untuk membangunkan jenama kami melalui penajaan. Sebagai penaja utama untuk dua pasukan bola sepak legenda dalam dua bandar besar adalah cara kami berkongsi kejayaan dengan pelanggan dan menjanjikan sokongan kepada peminat. Ia juga akan memberi manfaat kepada pasukan kami kerana kami lakukan lebih banyak aktiviti kebajikan dalam masyarakat dan di seluruh dunia. Liga Perdana adalah liga yang paling popular dan paling banyak tontonan di dunia sukan, dengan anggaran di seluruh dunia lebih daripada satu bilion orang di 202 buah negara - jadi keupayaan untuk mengembangkan jenama kami dengan cara ini adalah penting.”

Nota kepada Media

Mengenai FxPro

FxPro merupakan broker FX yang dianugerahkan berkali-kali yang mana kepentingannya adalah sejajar dengan klien-kliennya dengan membantu mereka untuk mendapat lebih keuntungan. Melalui sumber kecairannya yang dalam FxPro bermatlamat untuk menjadi pembekal penyelesaian FX yang terulung untuk kedua-dua klien institut dan runcit, yang menggunakan perkhidmatannya dalam lebih daripada 150 negara dengan platform perdagangan dan perkakas algoritma yang canggih.

FxPro UK Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (sebelum ini, Financial Services Authority) (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities dan Exchange Commission (no. lesen 078/07).

Cara Menghubungi Media

FxPro Group Ltd

Perdagangan CFD melibatkan risiko kehilangan yang tinggi.

UP