Mengapa FxPro Berbeza

Penajaan Lepas
Berdaganglah dengan broker yang dipercayai

Apabila anda mencipta sebuah akaun dengan FxPro anda memilih broker yang memastikan perkembangan diri anda sebagai seorang pedagang. Pandangan kami selalunya bahawa perdagangan tidak patut menjadi hobi yang eksklusif; tetapi sesiapa dengan minat dalam pasaran dan kebolehan untuk memahami kaitan di antara acara mikro dan makroekonomi harus dapat menggunakan pengetahuan ini. Sasaran kami ialah memberikan anda pengetahuan dan perkakas yang anda perlu untuk melakukan yang terbaik dalam pasaran, setiap kali anda berdagang.

Proses Pengantarabangsaan Pendedahan Berlebihan Dihantar ke Pasaran Pemberi Kecairan Harga Kompetitif Pelanggan
FxPro
Kitaran Perdagangan
Tiada bonus

Kami tidak menawarkan bonus seperti kasino, atau membuat dakwaan yang tidak realistik mengenai potensi keuntungan dalam berdagang CFD. Ini adalah kerana kami tidak berminat dalam mengaut keuntungan daripada kerugian deposit pelanggan kami. Bagi kami perdagangan FX adalah sesuatu yang serius dan kami bermatlamat untuk menjadikan semua pelanggan kami pedagang yang serius.

Tiada gimik

Kami juga amat berhati-hati sebelum kami menerima pakai instrumen baharu. Inilah sebabnya kami tidak menawarkan kemudahan opsyen binari dan taruhan spread, yang kami dapati ia bercanggah dengan model perniagaan kami, selain juga memperkenalkan pemikiran berbentuk perjudian terhadap dagangan. Kami percaya bahawa anda dapat mempelajari seni perdagangan dengan mengambil posisi dalam pasaran sebenar, dan kami dedikasikan sumber kami untuk membantu anda melaksanakannya.

Berfokuskan pelanggan

FxPro menggalakkan keunggulan dengan menawarkan anda pandangan yang jujur dan tidak bias mengenai perdagangan mata wang asing melalui kandungan kami yang mendidik dan berinformasi. Kami memberikan semua sumber yang anda perlukan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kebolehan praktikal anda. Matlamat kami adalah menjadikan pasaran mata wang asing mudah diakses kepada semua individu, dan membantu setiap orang melakukan yang terbaik di dalamnya.

Khidmat pelanggan bertaraf dunia

Pasukan khidmat pelanggan kami yang berdedikasi bersedia untuk berkhidmat 24/5 untuk membantu anda dengan sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang anda punyai. Setiap orang memuji Jabatan Khidmat Pelanggan mereka. Kami mengalu-alukan anda untuk menguji khidmat pelanggan kami dan bandingkan perkhidmatan yang anda terima dengan mana-mana pesaing kami.

Dikawal selia oleh

FCA & CySEC
Penganalisis Sendiri

dengan ulasan pasaran harian dan singkapan

24/5

sokongan pelanggan pelbagai bahasa

Pelanggan kami mempunyai akses kepada platform eksklusif dan perkakas perdagangan
  • FxPro SuperTrader
  • FxPro WebTrader untuk MT4
  • FxPro Quant
  • Dashboard FxPro
  • Aplikasi mudah alih Perkakas Mata Wang Asing
  • Kalkulator FX yang Unik
 
Baca selanjutnya
Perkakas untuk semua pedagang

Semua dagangan ada perkakasnya sendiri. FxPro melabur dengan banyak untuk memastikan bahawa pedagangnya sentiasa berpengetahuan. Jadi apabile anda melog masuk ke terminal anda dan memasuki pasaran, anda mempunyai segala yang anda perlukan untuk memberikan anda kelebihan kompetitif. Bahan pendidikan yang berkualiti, ulasan pasaran yang membina, analisis teknikal yang berkuasa, rangkaian kemudahan dan perkhidmatan perdagangan algoritma; FxPro memberikan anda perkakas yang anda perlukan untuk melakukannya.

Amaran Risiko: Berdagang CFD mempunyai risiko kerugian yang signifikan.

Sejarah Penajaan

BMW F1 Team Fulham WRC
Lihat semua
UP