Pasaran FxPro

Berdaganglah dalam
Pasaran Dunia

Lesen, Peraturan dan Keahlian Profesional

Penajaan Lepas
Financial Conduct Authority (FCA)

FxPro UK Limited adalah dibenarkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (nombor pendaftaran 509956 ). FCA merupakan badan bukan kerajaan yang terkemuka dan bebas, diberi kuasa berkanun oleh Akta Perkhidmatan dan Pasaran Kewangan UK 2000. Objektif utama FCA termasuklah: melindungi pengguna, mempertingkatkan tahap integriti dalam sistem kewangan dan menggalakkan persaingan yang mengutamakan kepentingan pengguna.

Sebagai syarikat yang berkebenaran sepenuhnya, FxPro UK Limited memastikan pematuhan kepada semua syarat FCA.

Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC)

FxPro Financial Services Ltd adalah dibenarkan dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (nombor lesen 078/07), kuasa penyeliaan dan kawal selia untuk firma-firma perkhidmatan pelaburan di Cyprus. CySEC merupakan ahli kepada Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA).

FxPro memegang lesen inter-sempadan CySEC, memberi kebenaran kepada pemberian perkhidmatan pelaburan dan ansilari. Kami memastikan pematuhan kepada peraturan EU dan tempatan seperti Pasaran Eropah dalam Arahan Instrumen Kewangan (MiFID) dan Perkhidmatan Pelaburan Cyprus dan Undang-Undang Aktiviti dan Pasaran Dikawal Selia 2007 Undang-Undang 144 (I)/2007.

MiFID

Arahan Pasaran dalam Instrumen Kewangan (MiFID) 2004/39/EC dikuatkuasakan pada 1/11/2007 dengan sasaran untuk mengawal selia pasaran instrumen kewangan dan pemberian perkhidmatan pelaburan dan aktiviti di dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Arahan ini diguna pakai di Cyprus melalui Perkhidmatan Pelaburan Cyprus dan Undang-Undang Pasaran Dikawal Selia 2007 (Undang-Undang 144 (I)/2007).

Objektif utama kepada Arahan Pasaran dalam Instrumen Kewangan (MiFID) Kesatuan Eropah adalah: untuk mempertingkatkan tahap kecekapan, untuk menggalakkan persaingan dan melindungi pelanggan dengan berkesan. MiFID juga membenarkan firma-firma pelaburan untuk memberikan perkhidmatan pelaburan dan ansilari dalam wilayah negara ahli yang lain dan/atau negara ketiga, sekiranya perkhidmatan ini adalah tertakluk di dalam bidang kuasa firma pelaburan.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSB)

FxPro Financial Services Limited disahkan dan diregulasi oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Afrika Selatan (nombor pengesahan 45052). FSB merupakan badan berkanun pemantau dan regulasi bebas untuk industri perkhidmatan bukan bank di Afrika Selatan.

Keahlian Profesional

FxPro adalah ahli kepada:

  • CCCI (Cyprus Chamber of Commerce and Industry)
  • CFSFA (Cyprus Financial Services Firms Association)
Skema Pampasan Perkhidmatan Kewangan

FxPro UK Limited adalah ahli kepada Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS). Ini merupakan dana berkanun pilihan terakhir UK untuk pelanggan-pelanggan firma perkhidmatan kewangan yang dibenarkan. FSCS boleh membayar pampasan kepada pelanggan sekiranya firma perkhidmatan kewangan tidak boleh, ataupun mungkin tidak boleh, membayar tuntutan yang dibuat kepadanya. Maklumat lanjut mengenai tujuan dan peranan FSCS boleh didapati pada laman web mereka http://www.fscs.org.uk

Dana Pampasan Pelabur

FxPro Financial Services Limited adalah ahli kepada Dana Pampasan Pelabur, yang mana objektifnya adalah untuk melindungi sebarang tuntutan pelanggan yang diinsuranskan Dana ini dan juga memberi pampasan kepada pelanggan yang diinsuranskan untuk sebarang tuntutan yang timbul daripada kegagalan ahli Dana untuk berfungsi dalam memenuhi tanggungjawabnya sama ada tanggungjawab tersebut timbul daripada perundangan, perjanjian pelanggan ataupun daripada salah laku ahli Dana.

Dokumen Perundangan
CSR
Polisi Privasi

Ketahui bagaimana kami mematuhi undang-undang di kawasan had kuasa kami.

Baca mengenai polisi tanggungjawab sosial korporat kami.

Maklumat peribadi anda adalah penting bagi kami seperti mana ia penting bagi anda sendiri.

UP