FxPro Forex Tools Pasang

Di FxPro kami menawarkan perkhidmatan FX yang lengkap untuk semua segmen pasaran FX

Pedagang runcit

Pedagang runcit kami menikmati tahap perkhidmatan yang tiada tolok bandingnya dari segi kecairan, pelaksanaan dan suasana dagangan. Ini ditambah lagi dengan alat dan platform yang menerajui industri, serta suasana dagangan profesional kami, dan anda mempunyai salah satu tawaran runcit yang paling teguh dalam pasaran.

Pelabur

Bertahun-tahun pengalaman kami dalam FX telah membawa kami dalam membangunkan alternatif pelaburan yang amat berkesan yang mengambil kesempatan ke atas status perkembangan tukaran mata wang asing sebagai satu kelas aset yang terkemuka. Sama ada anda merupakan pelabur pasif yang mencari perkhidmatan pengurusan portfolio, atau seseorang yang lebih terlibat dengan modal anda; FxPro boleh membantu anda untuk mengakses dengan mudah pasaran dunia yang terbesar dan paling cair.

Rakan-Rakan

Kami berbangga dengan perhatian yang kami berikan kepada rakan-rakan kami. Kami menganggap rakan-rakan kami sebagai pelabur dalam evolusi kami yang berterusan dan kami juga ingin melihat perniagaan mereka berjaya.

Inovasi

Setakat yang kami ketahui, misi kami tidak pernah selesai. Inilah sebabnya kami sentiasa mencari jalan untuk memasukkan teknologi yang baharu ke dalam perkakas dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda. Pasukan pembangunan dalaman kami bekerja tungkus-lumus untuk memberikan perdagangan pertukaran mata wang asing masa depan kepada anda hari ini; matlamat utama kami adalah untuk memberikan anda kelebihan kompetitif setiap kali anda berdagang.

Teknologi

Sama ada ia adalah sumber pendidikan kami, analisis pakar, perkakas perdagangan eksklusif, platform perdagangan kami, atau kelebihan kompetitif yang kami sediakan dari segi harga dan pelaksanaan dagangan; FxPro komited untuk melabur di dalam teknologi yang membantu anda melakukan yang terbaik di dalam perdagangan anda. Semua yang kami lakukan sebagai syarikat adalah berdasarkan pelaburan dalam teknologi, memastikan bahawa pelanggan kami menikmati pengalaman pengguna yang terbaik.

Proses Pengantarabangsaan Pendedahan Berlebihan Dihantar ke Pasaran Pemberi Kecairan Harga
Kompetitif
Pelanggan
FxPro
Kitar Perdagangan
Ketelusan

Bagi kami ketelusan adalah diutamakan. Kami percaya bahawa inilah satu-satunya cara untuk memajukan seluruh industri. Inilah yang membezakan kami daripada seluruh industri; sebuah model perniagaan yang mengutamakan kejayaan semasa, model perniagaan yang memberi keutamaan kepada kejayaan pelanggan yang berterusan, dan keinginan untuk menerajui kepimpinan melalui teladan, supaya, perdagangan di seluruh dunia akan meminta perkhidmatan yang lebih banyak daripada broker mereka.

Kami percaya inilah satu-satunya cara untuk maju dalam industri tukaran mata wang asing hari ini

Kenyataan Misi
  • Misi FxPro adalah untuk memberikan perkhidmatan perdagangan yang unggul untuk semua pelanggan mereka, tanpa mengira jumlah baki akaun mereka
  • Untuk mendidik orang ramai mengenai pasaran-pasaran ini, memberi kuasa kepada mereka untuk mengawal kewangan mereka dengan membuat pasaran tukaran mata wang asing boleh diakses kepada semua
  • Untuk menggalakkan ketelusan dan amalan perdagangan yang saksama dengan menerajui pasaran dan berkempen untuk pengamalannya merentasi seluruh industri
Anugerah-Anugerah
    Best FX Service Provider 2016 (City Of London Wealth Management Awards)
    Best Forex Broker 2015 (Forex Awards)
    Best Trading Platform 2015 (Forex Awards)
    Best Forex Provider (Investors Chronicle & Financial Times Investment and Wealth Management Awards 2015)
Penajaan Lepas:
UP