• /
  • Kumpulan FxPro
    /
  • FxPro Today

Pasukan FxPro

Di FxPro, kami menganggap setiap pekerja kami sebagai bahagian terpenting dalam pasukan.

Dengan menghargai nilai input, faedah dan potensi kerjasama sepasukan mereka, dan bahawa mereka merupakan daya yang memacu setiap yang kamu lakukan, kami memberikan tumpuan ke atas minat dan bakat peribadi mereka dalam wawasan kami dan menantikan setiap kemahiran yang bakal mereka serlahkan.

Kehadiran Di Mata Dunia

Jadikan sebahagian daripada pasukan antarabangsa yang sedang berkembang.
  • Pejabat-pejabat di Cyprus, United Kingdom dan Rusia
  • 175+ pekerja FxPro daripada 22 kerakyatan dari seluruh dunia
  • Diundi sebagai Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik untuk tahun 2014 dan 2015
  • Penajaan sukan yang sedang berlangsung

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

FxPro merupakan sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab.
  • Penekanan ke atas Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Penubuhan Yayasan Badan AMal FxPro
  • Bergiat aktif bersama badan amal antarabangsa yang berdaftar
  • Beroperasi di bawah Kod Tingkah Laku dan Kod Etika

Mengekalkan Kesejahteraan

Untuk menjadikan anda kekal sihat, selamat dan gembira.
  • Sekim Perubatan Berkumpulan
  • Kelas-kelas latihan peribadi dan gim di tempat kerja
  • Sesi nutrisi dikendalikan oleh ahli nutrisi bertauliah
  • Pasukan Bola Sepak & Bola Keranjang FxPro

Mempromosikan Pertumbuhan Profesional

Kami membantu anda menakluki walau apa jua cabaran dengan mudah. .
  • Pembangunan profesional dan peribadi yang sentiasa berlangsung
  • Penajaan ke atas pengajian berkaitan pekerjaan
  • Langganan tahunan untuk kelayakan jurusan undang-undang dan kewangan
  • Pengurusan bakat, peluang dan perpindahan kerjaya

Faedah Tambahan Di Tempat Kerja

Untuk menyokong anda dalam apa jua cara yang mungkin.
  • Gaji bulan ke-13
  • Dana Simpanan Pekerja
  • Sekim Potongan
  • Makan tengah hari setiap hari di tempat kerja

Melabur ke atas Staf kami

Satu pasukan, satu impian
  • Broker FX yang pertama di Cyprus menerima akreditasi IIP
  • Iltizam ke arah kepelbagaian dan peluang saksama
  • Budaya syarikat berasaskan prestasi dan ganjaran
  • Pakej pampasan yang kompetitif

Bekerja dengan FxPro

Boleh dipercayai dan memenangi banyak anugerah, FxPro menyediakan persekitaran tempat kerja yang dinamik dan inovatif, yang menyokong dan memperkasakan pekerja-pekerja, membolehkan setiap daripada mereka cemerlang.

Kami melabur dalam program latihan dan pembangunan dan berbangga memiliki sebuah pasukan yang didefinisikan sebagai mempunyai integrit, profesionalisme dan dedikasi yang utuh.

 

Para pekerja bercakap mengenai Pengalaman Kerja mereka di FxPro

Chaoyi Chen Pengurus Pemasaran untuk Meja Asia
FxPro adalah tempat yang baik untuk bekerja, kerana ia adalah wadah tumpuan bagi pelbagai budaya dan cita-cita. Tenaga kerja kami yang berbilang budaya menggambarkan sifat global syarikat kami dan kemampuan kami untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kami kepada setiap klien dalam bahasa ibundanya.
Dimitris Pegawai Pematuhan
Tindakan FxPro sebagai respon kepada perkembangan industri yang pantas melalui pembaharuan teknologi, menyesuaikan diri dengan kepentingan klien kami melalui Model Agensi dan perkara yang paling penting ialah menghormati semua pihak yang terlibat sama ada mereka adalah pekerja, klien atau rakan kongsi menggambarkan integriti syarikat sebagai peneraju pasaran pada pratiknya, bukan hanya kata-kata.
Vanessa Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan
Pelaburan dalam tenaga kerja, pembaharuan dan teknologi hanyalah beberapa ciri yang menjadikan FxPro sebagai broker pilihan di dunia dan salah satu tempat terbaik untuk bekerja. Falsafah FxPro mudah: sebagaimana kami menyelaraskan kepentingan kami dan kepentingan klien kami, kami juga menyelaraskan kepentingan syarikat secara keseluruhan dengan kepentingan terbaik para pekerja kami, mewujudkan persekitaran yang stabil dan memberi kuasa.
ThuTra Pegawai Perhubungan Klien Vietnam
FxPro merupakan tempat untuk bekerja jika anda seorang profesional yang bercita-cita tinggi. Syarikat mengambil berat tentang setiap pekerja baru, memberikan semua peralatan dan latihan yang diperlukan untuk membantu anda berintegrasi dan memastikan anda mendapat motivasi. Apa yang saya suka tentang FxPro ialah anda mendapati bahawa anda berada dalam persekitaran aman sejak kali pertama anda berjalan memasuki syarikat ini. Saya menganggap diri sebagai bertuah kerana dapat bekerja dengan salah satu broker Forex terbaik di dunia. Di FxPro, para pekerja diberi ruang yang mereka perlukan untuk melaksanakan tugas mereka dengan cara profesional dan kena pada masanya yang dapat meningkatkan harga diri. FxPro merupakan syarikat hebat yang memberikan begitu banyak peluang untuk perkembangan profesional.
Conor Project Analyst
Bekerja di FxPro telah memberikan saya peluang hebat untuk bekerja dengan persekitaran yang sangat unik. Etika kerja dan penekanan dalam kerjasama serta penyelarasan antara semua jabatan dapat memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua klien kami. Suasana di FxPro adalah salah satu yang menggalakkan kakitangan untuk mempelajari dari yang lain dan untuk meningkatkan dan mengemas kini pengetahuan mereka dalam Industri FX secara konsisten. Tumpuan dalam pembangunan dan pendidikan peribadi ini membolehkan FxPro kekal bersaing dalam pasaran yang bergerak pantas dan terus berkembang.

Kekosongan Semasa Yang Boleh Didapati

Marketing Data Analyst Limassol, Cyprus
Senior PHP Developer Limassol, Cyprus
Content Writer Limassol, Cyprus
Business Analyst Officer Limassol, Cyprus
UP