Pasaran FxPro

Berdaganglah dalam
Pasaran Dunia

Perdagangan & Indeks dan Saham

Kenapa Berdagang Saham dan Indeks

Menambahkan saham dan indeks kepada portfolio anda merupakan cara yang hebat untuk mempelbagaikan pelaburan anda dengan mengaitkan sebahagian daripadanya kepada prestasi syarikat atau indeks utama yang tertentu. FxPro menawarkan perdagangan CFD ke atas lebih daripada 150 saham dan 10 indeks utama tanpa komisyen dan keperluan margin yang dikurangkan.

Berdagang Saham

Melabur dalam saham membolehkan anda untuk menyokong sesebuah syarikat yang anda rasa sedang terkurang nilai, atau memendekkan sesebuah syarikat yang anda rasa terlebih nilai. Ini membolehkan anda menggunakan pengetahuan anda dalam sesuatu sektor atau industri dalam perdagangan anda sementara meluaskan pelaburan anda.

Trading Indices

Indeks amatlah berguna untuk tujuan kepelbagaian, dan juga merupakan pelaburan pasif yang menarik untuk kebanyakan pedagang yang tidak menggemari risiko. Setiap indeks merupakan nilai penanda sama ada prestasi keseluruhan kelas aset atau prestasi segmen kelas aset. Indeks France 120 Spot, sebagai contoh, mengukur 120 saham yang paling aktif didagangkan yang disenaraikan di Paris, sementara Indeks Dolar Amerika mengukur nilai Dolar Amerika berbanding dengan beberapa mata wang asing yang lain.

Kos Perdagangan

Di FxPro kami tidak mengenakan yuran komisyen ke atas perdagangan saham dan indeks. Sedikit penokokan dikenakan kepada sebaran yang kami terima daripada pembekal kecairan kami dan kami mengekalkan harga kami pada tahap yang kompetitif.

Oleh kerana saham kami juga mencerminkan tindakan korporat, pedagang boleh mendapat bayaran dividen apabila membeli panjang dan dikenakan caj dividen apabila membeli pendek.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai tindakan korporat kami

Mengapa Berdagang Saham dan Indeks dengan FxPro

  • Lebih banyak instrumen yang boleh didagangkan
  • Keperluan margin dikurangkan
  • Sebaran dan kos perdagangan kompetitif
  • Tiada komisyen
  • Rangkaian penuh perkakas perdagangan
  • Analisis Teknikal dan Asas
  • Perlindungan Baki Negatif Terjamin
Klik di sini untuk maklumat selanjutnya mengenai Perdagangan Saham di FxPro.
Klik di sini untuk maklumat selanjutnya mengenai Perdagangan Indeks di FxPro.
Mulakan Berdagang Sekarang Demo Percuma Disertakan

Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara.

Mengapa FxPro?
Dana Keselamatan Pelanggan
Peraturan dan Lesen
 

Ketahui mengapa pedagang di seluruh dunia memilih FxPro

Baca mengenai langkah yang kami ambil untuk memastikan keselamatan dana anda.

Baca mengenai bidang kuasa yang mentadbir perniagaan kami.

 
UP