Pengurusan Risiko FX

FxPro Vault

FxPro Vault merupakan salah satu perkakas yang kami bekalkan kepada pedagang kami untuk membantu mereka menguruskan risiko mereka. FxPro Vault merupakan akaun terjamin yang membolehkan anda memindahkan dana kepada dan daripada akaun dagangan langsung seperti yang anda inginkan. Ini membenarkan anda untuk memilih berapa anda ingin pertaruhkan dengan mana-mana akaun perdagangan anda sementara melindungi dana anda yang selebihnya daripada posisi terbuka yang anda mungkin miliki.

Gunakan leveraj dengan bijak

Sementara leveraj boleh menggandakan keuntungan daripada posisi kemenangan, ia juga boleh menggandakan kerugian yang anda alami sekiranya sesuatu perdagangan tidak memihak anda. Ini sememangnya bermasalah apabila mendagangkan akaun yang kecil kerana perdagangan yang merugikan akan menghabiskan dana anda dengan cepat.

Sebagai contoh: Anda mempunyai akaun perdagangan dengan $500 dan leveraj 1:500. Anda membuka posisi untuk 1 lot (100,000) atas EUR/USD apabila harganya 1.14010. Margin anda yang diperlukan untuk posisi ini ialah $228.04, yang merupakan hampir separuh daripada akaun anda. Setiap pergerakan pip bernilai $10 bagi anda. Ini bermakna harga hanya perlu jatuh kepada $1.13740 untuk anda kerugian semua wang dalam akaun anda. Ini tidak memberikan anda sebarang ruang untuk perdagangan yang merugikan dan amat berisiko.

Amatlah penting supaya anda mempertimbangkan saiz akaun anda, leveraj anda dan saiz posisi yang anda dagangkan. Ini memberikan anda sedikit ruang untuk membolehkan perdagangan yang merugikan untuk memihak anda. Tambahan juga anda mungkin dapat membuka lebih daripada satu posisi tanpa perlu menggunakan kebanyakan baki akaun anda dijamin sebagai margin.

Perlindungan Baki Negatif

Sebagai tahap keselamatan tambahan, kami menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pedangang kami. Ini bermakna sekalipun sesuatu posisi bergerak dalam haluan yang tidak diingini ia tidak akan menyebabkan anda kerugian lebih daripada dana dalam akaun perdagangan anda. Ini merupakan perkhidmatan yang kami tawarkan dengan kos sendiri dan bukannya sesuatu keperluan perundangan pada ketika ini.

Layari Jadual Perbandingan Platform FxPro kami untuk melihat platform mana yang paling sesuai dengan keperluan perdagangan anda.
Mulakan Berdagang Sekarang Demo Percuma Disertakan

Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara.

Mengapa FxPro?
Dana Keselamatan Pelanggan
Peraturan dan Lesen
 

Ketahui mengapa pedagang di seluruh dunia memilih FxPro

Baca mengenai langkah yang kami ambil untuk memastikan keselamatan dana anda.

Baca mengenai bidang kuasa yang mentadbir perniagaan kami.

 
UP