FxPro Forex Tools Pasang

Dagangkan Pasangan, Sesi dan Peserta

Pasangan Mata Wang

Dalam perdagangan FX, mata wang didagangkan dalam pasangan.

Pasangan Mata Wang Utama:
Ini merupakan pasangan yang paling kerap didagangkan dan paling cair. Ia melibatkan Dolar Amerika (USD) yang dipasangkan dengan salah satu daripada mata wang utama yang lain (EUR, JPY, GBP, CHF, CAD, AUD, NZD).
Pasangan Mata Wang Bersilang:
Pasangan ini tidak mengandungi Dolar Amerika. Silangan utama juga dikenali sebagai “Pasangan Mata Wang Minor” dan termasuk pasangan di antara mata wang yang utama.
Pasangan Eksotik:
Pasangan eksotik terdiri daripada satu mata wang utama yang dipasangkan dengan mata wang ekonomi yang membangun.
Klik di sini untuk maklumat selanjutnya mengenai pasangan mata wang dan produk lain anda boleh dagangkan dengan FxPro.

Sesi Perdagangan/Peserta

Pasaran FX selalunya diasingkan kepada tiga sesi, yang bersilang dalam sehari. Ini merupakan sesi Asia, sesi Eropah, dan sesi Amerika Utara.

Pemain pasaran FX termasuklah bank-bank utama (yang juga dikenali sebagai “pasaran interbank”), kerajaan dan bank-bank pusat, bank-bank yang lebih kecil, syarikat komersial yang besar dan dana lindung nilai, broker mata wang asing dan ECN runcit. Broker mata wang asing dan ECN runcit bertindak sebagai pihak pengantara di antara pembeli dan penjual, membolehkan pedagang runcit untuk mendapat akses kepada pembekal kecairan.

Layari Akademi Perdagangan FxPro untuk membaca artikel selanjutnya mengenai sejarah dan asas X.
Mengapa FxPro?
Dana Keselamatan Pelanggan
Peraturan dan Lesen
 

Ketahui mengapa pedagang di seluruh dunia memilih FxPro

Baca mengenai langkah yang kami ambil untuk memastikan keselamatan dana anda.

Baca mengenai bidang kuasa yang mentadbir perniagaan kami.

 
UP